53 Kes Penyakit Akibat Cuaca Panas Direkodkan, 1 Kematian
KUALA LUMPUR, 27 Jun 2023 – Sebanyak 53 kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 26 Jun, lapor Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menerusi kenyataan media, NADMA memaklumkan 53 kes tersebut termasuk strok haba (5 kes), kelesuan haba (29 kes) dan kejang haba (19 kes).
BACA JUGA: Gurauan Minta No Telefon Pelajar Perempuan, PMX Ditegur Tokoh Media
BACA JUGA: WASPADA! Aplikasi “Pink Whatsapp” Bawa Risiko Keselamatan Serius, MCMC Gesa Tidak Muat Turun
BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal
Walau bagaimanapun, tiada kes kematian baru dilaporkan, menjadikan bilangan kumulatif kes kematian akibat strok haba kekal satu kematian sahaja.
Mengulas lanjut, kesemua kes telah berjaya dirawat dan pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah.
Namun begitu, berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar, tiga kawasan di negeri berasingan merekodkan kualiti udara yang tidak sihat akibat cuaca panas dan kering berpanjangan.
Kawasan yang terlibat adalah Cheras (Kuala Lumpur), Port Dickson (Negeri Sembilan), Shah Alam dan Klang (Selangor).
Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut menjangkakan corak cuaca yang sama akan berterusan dalam minggu yang akan datang sehingga tamat musim Monsun Barat Daya.
Sehubungan itu, masyarakat diingatkan sentiasa menjaga kesihatan dan peka serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
“Pastikan anda merujuk kepada portal METMalaysia, KKM dan NADMA untuk maklumat yang terkini dan sahih,” kata kenyataan itu.