Tempatan

PETISYEN MEMBANTAH KAJIAN MENYOKONG PENGIKTIRAFAN GENDER KETIGA OLEH SUHAKAM – MACSA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Pautan Petisyen: http://chng.it/gWdqThr2

1. MACSA mempertahankan kebebasan hak asasi manusia dengan nilai-nilai moral dan agama yang dipegang Malaysia sebagai sebuah negara Asia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan negara mengikut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

2. Termasuklah komuniti transgender yang turut dijamin maruah diri, layak untuk hidup dan memiliki akses ke semua tempat awam seperti yang termaktub dalam Artikel 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam (CDHRI) dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD). Mereka seharusnya tidak dipinggirkan dan dijamin hak sebagai warganegara Malaysia.

3. Namun, kita harus jelas bahawa dokumen asal UDHR pada tahun 1948, dan seperti mana yang diterimapakai oleh Malaysia apabila kita menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas kemerdekaan, tidak memperuntukkan identiti gender ketiga selain daripada lelaki atau perempuan dalam rangka hak asasi.

4. Bahkan dalam artikel 2 UDHR, hak-hak asasi yang termaktub dan disepakati untuk dilindungi adalah tanpa pembezaan dari sudut bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain- lain pemahaman, asal usul bangsa keturunan atau sosial harta benda,  kelahiran atau apa-apa taraf lain. Tidak termasuk dalam Artikel ini,  orientasi seks songsang atau identiti gender yang tidak mengikuti seks biologi.

5. Pada tahun 2011, Malaysia menyertai 18 lagi negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia (Human Rights Council atau HRC) menolak resolusi 17/19 HRC yang meluluskan orientasi seks dan identiti gender sebagai hak asasi yang baru.

6. MACSA mengiktiraf institusi syariah yang mentadbir undang-undang Islam yang dianggap
lex loci (law of the land), atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu seperti diputuskan dalam kes Ramah v Laton [1927] .

7. Justeru itu, MACSA berasa kesal dan membantah kajian bertajuk Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender in Malaysia yang ditawarkan SUHAKAM kerana:

a) adalah nyata dapatan kajian (Research Outcome) dan kaedah menyampaikan dapatan kajian (Deliverables) bertentangan dengan agama, budaya dan undang-undang Syariah kita.

b) SUHAKAM menetapkan bahawa apa pun dapatan kajian, ia mestilah menjadi asas membentuk “Law Reforms” atau meminda undang-undang sedia ada ke arah pengiktirafan transgender sebagai gender ketiga di Malaysia. Ini termasuklah undang-undang dalam pelbagai enakmen Syariah yang terpakai di seluruh negara.

c) Laporan kajian juga mestilah mengandungi rekomendasi kepada kerajaan untuk membentuk undang-undang bagi pengiktirafan transgender dengan membenarkan penukaran nama dan identiti jantina pada dokumen pengenalan diri.

d) Laporan kajian juga mestilah mencadangkan penggubalan polisi dan undang-undang semasa ke arah pengiktirafan gender ketiga.

8. MACSA meraikan kebebasan mana-mana pihak untuk menjalankan kajian namun adalah nyata kajian yang ditawarkan SUHAKAM ini adalah tidak bersifat bebas dan telah mempunyai preconceived idea yang bertentangan dengan nilai-nilai kekeluargaan dan keagamaan serta budaya di Malaysia.

9. MACSA dengan ini menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong petisyen ini menggesa SUHAKAM membatalkan kajian tidak bebas ke arah menyokong Pengiktirafan Gender Ketiga.

10. MACSA turut menggesa Suhakam untuk kembali menghormati peruntukan Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 [Akta 597] yang dengan jelas membataskan kuasa Suhakam berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Pengerusi Bersama
Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: