Antarabangsa

51 Darjah Celsius Di Texas, Dunia Catat Rekod Hari Paling Panas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEXAS, 05 Julai 2023 – Dunia mencatatkan hari paling panas pernah direkodkan pada hari Isnin lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan (NCEP) Amerika Syarikat.

Menurut data itu, dunia merekodkan purata suhu global 17.01 darjah Celsius (62.62F) pada hari Isnin melepasi paras tertinggi sebelumnya iaitu 16.92 darjah Celsius (62.46F) pada Ogos 2016.

BACA JUGA: Peniaga Uptown Pahlawan Walk Bakal Dipindahkan Tidak Benar – Rais

BACA JUGA: 197 Kawasan Hotspot Bencana Alam Dikenal Pasti Di Perak

BACA JUGA: Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan

“Ini bukan peristiwa penting yang harus kita raikan,” kata ahli sains iklim, Friederike Otto.

Corpus Christi, sebuah bandar di Texas, mencatatkan rekod suhu sehingga 51 darjah Celsius (125F), begitu juga di Oklahoma, Arkansas, Missouri dan Louisiana.

Sementara di Asia, China turut mengalami gelombang haba yang berpanjangan, di mana Beijing mencatatkan rekod suhu melebihi 35 darjah Celsius (95F) hampir sepuluh hari berturut-turut.

Para saintis iklim meramalkan perubahan iklim, ditambah pula dengan corak cuaca panas El Nino yang kuat akan menyebabkan suhu tinggi yang luar biasa dan membinasakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: