NGO

50,000 Kontraktor Muslim Gulung Tikar: Kenapa Kerajaan Masih Lena?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merujuk kepada laporan berita dari BERNAMA yang melaporkan hampir 50,000 kontraktor Melayu (Muslim) terpaksa gulung tikar sejak tahun 2018 kerana pelbagai faktor.

2. Kami menzahirkan rasa gusar dan kecewa akan hakikat ini memandangkan sejak tahun 2018, sudah 3 Kerajaan bersilih ganti tetapi seolah-olah isu ekonomi rakyat apatahlagi orang Islam tidak dipandang serius langsung oleh Kerajaan.

3. Maka, PEMBELA menggesa agar Kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah berikut untuk membantu rakyat terutamanya umat Islam dalam memastikan kelangsungan ekonomi mereka:

i. Memberikan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor Muslim terjejas di mana mereka terbukti cekap dan berintegriti dalam kerjanya.

ii. Memansuhkan faedah bank yang ditanggung oleh para kontraktor dan usahawan yang terjejas.

iii. Memperkasakan inisiatif suntikan modal secara strategik kepada usahawan terjejas dan usahawan baharu di bawah MARA, TERAJU atau mana-mana agensi berkaitan.

iv. Untuk melegakan tekanan kepada rakyat yang kesempitan kewangan sekarang ini PEMBELA mencadangkan untuk Kerajaan melupuskan hutang pelajaran berjumlah RM7.4 bilion kepada peminjam-peminjam sedia ada dengan syarat-syarat khusus.

4. PEMBELA juga prihatin dengan perkembangan industri perfileman tempatan dengan fenomena Filem Mat Kilau. Pengusaha-pengusaha filem amat tertekan dengan kos cukai yang dikenakan. Oleh itu, kita menggesa agar Kerajaan melupuskan cukai hiburan berjumlah 25% secara khas bagi mana-mana filem tempatan yang mengangkat sejarah negara melalui syarat-syarat khusus. Sepatutnya Kerajaan memberikan geran kepada penerbit agar banyak lagi tokoh-tokoh pejuang negara dapat di angkat kembali.

5. Akhir sekali, PEMBELA ingin mengingatkan kembali kepada kerajaan serta seluruh barisan wakil rakyat agar benar-benar meletakkan jiwa dan raga untuk menyelesaikan isu ekonomi rakyat yang sangat membimbangkan ini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Pautan Asal: FB Aminuddin Yahaya

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hampir-50-000-kontraktor-melayu-gulung-tikar-368810

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: