Antarabangsa

500 Ribu Kematian Disebabkan Omicron – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 10 Februari 2022 – Pengurus Insiden Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Abdi Mahamud berkata, sebanyak 500,000 kematian direkodkan di seluruh dunia apabila Omicron diisytiharkan sebagai varian yang membimbangkan bermula November lalu.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Ketika setiap orang mengatakan Omicron lebih ringan, mereka terlepas perkara apabila setengah juta orang mati sejak ia dikesan dan ia teramat dahsyat,” ujar Abdi Mahamud.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berjaya mengenal pasti empat sub-keturunan Omicron. Substrain BA.1 adalah dominan dan BA.2 lebih mudah menular serta ia diramalkan menyumbang kepada peningkatan bahagian kes Omicron.

Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove yang bimbang dengan angka kematian yang semkain meningkat berkata, virus Omicron ini terus menjadi berbahaya dan tidak ada indikator setakat ini yang mencadangkan kesan BA.2 mengakibatkan penyakit COVID-19 lebih teruk berbanding BA.1, tetapi menegaskan ia masih di peringkat awal dalam pengumpulan bukti.

Van Kerkhove pula berkata, bilangan kes Omicron yang tinggi adalah ‘mengejutkan’, manakala jumlah sebenar kes jangkitan dan kematian kemungkinan jauh lebih tinggi daripada diketahui.

Menurut data yang dikumpul dari sumber rasmi, setakat ini virus Covid-19 yang mula muncul di China pada Disember 2019 telah membunuh hampir 5.75 juta orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: