Antarabangsa

5 Wanita Dibunuh Setiap Jam Oleh Ahli Keluarga – Statistik

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 29 November 2022 – Secara purata, lebih 5 wanita atau kanak-kanak perempuan dibunuh setiap jam oleh pasangan atau ahli keluarga pada tahun 2021, lapor kajian baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dapatan kajian itu menunjukkan, kira-kira 45,000 wanita dan kanak-kanak perempuan, atau 56 peratus daripada 81,000 mangsa dibunuh dengan sengaja oleh ahli keluarga dan pasangan mereka sendiri.

Menurut laporan itu juga, Asia mencatatkan jumlah terbesar pembunuhan berkaitan jantina dengan 17,800 kematian pada 2021.

Bagaimanapun, wanita dan kanak-kanak perempuan lebih berisiko dibunuh oleh pasangan atau ahli keluarga lain di Afrika.

Kadar pembunuhan di rumah membabitkan jantina dianggarkan 2.5 bagi setiap 100,000 penduduk wanita di Afrika, berbanding Amerika Syarikat (1.4), 1.2 di Oceania, 0.8 di Asia dan 0.6 di Eropah.

Laporan itu disediakan sempena Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan terhadap Wanita dan sebagai peringatan yang jelas bahawa rumah bukanlah tempat yang selamat untuk wanita dan gadis di seluruh dunia.

Angka-angka itu menunjukkan bahawa dalam tempoh sedekad yang lalu, jumlah keseluruhan kes pembunuhan wanita sebahagian besarnya kekal tidak berubah.

“Di sebalik setiap statistik pembunuhan, terdapat kisah seorang wanita atau gadis yang gagal diselamatkan. Kematian ini boleh dicegah,” kata Pengarah Eksekutif Wanita PBB Sima Bahous.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: