Tempatan

5% Royalti Minyak Hak Kelantan & Terengganu, Tegas Ahli Parlimen Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Mac 2023 – “Saya masih ingat belanjawan Pakatan Rakyat 2013 mengatakan negeri-negeri ini berhak kepada bukan lima peratus, 20 peratus daripada hasil pengeluaran minyak. Tapi tiba-tiba pada hari ini orang yang sama, pemimpin yang sama bila memimpin Kerajaan seolah-olah nak menghapuskan pembayaran 5 peratus ini pun, bukan saja 20 peratus tidak akan ditunaikan, 5 peratus pun akan dikaji semula.”

Tegas Setiausaha Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan media mengenai isu royalti petroleum yang sepatutnya dibayar oleh Kerajaan kepada negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia.

Beliau, bersama-sama Ahli Parlimen Perikatan Nasional terutamanya Kelantan dan Terengganu, merasa cukup dukacita terhadap satu ketetapan dan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Pada 24 Februari lalu, YAB Menteri Kewangan mengatakan bahawa semakan akan dibuat terhadap pembayaran royalti yang sedang dibayar kepada kerajaan Terengganu dan yang dibayar dalam beberapa occasion kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Sementara itu, sebahagiannya pula akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan program pembasmian kemiskinan, ujar Takiyuddin.

BACA JUGA: Lapangan Terbang Aleppo, Pintu Masuk Bantuan Kemanusiaan Gempa, Diserang Rejim Zionis

BACA JUGA: Ahli Politik Denmark Sekali Lagi Bakar Al-Quran

BACA JUGA: Samudera Pasai, Melaka Akar Pentadbiran Agama Islam Malaysia

Bagaimanapun, pihaknya berpendapat bahawa ketetapan Kerajaan hari ini bercanggah dengan pendirian pemimpin-pemimpin Kerajaan yang telah bersetuju supaya royalti minyak diberikan kepada negeri pengeluar minyak pada tahun 2013.

Dalam pada itu, pada 07 Jun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan memutuskan bahawa Majlis Kewangan Negara telah memansuhkan program wang ehsan.

“Wang ehsan ni tak ada, tidak ada dalam perjanjian dan bayaran tunai petroleum akan disalurkan secara terus kepada kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu tanpa mengambil kira status negeri tersebut yang dikuasai oleh pembangkang.”

Jelasnya, keputusan tersebut tidak lagi dibatalkan dan ianya mengikat Kerajaan untuk melaksanakannya.

Atas dasar itu, Ahli Parlimen Perikatan Nasional dengan kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu menuntut supaya Kerajaan Persekutuan menjelaskan tuntutan bayaran tunai petroleum secara terus kepada pihak kerajaan Negeri Kelantan dan juga Terengganu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: