Antarabangsa

5 Oktober Ini, Kuil Hindu Mega Dubai Bakal Dibuka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DUBAI, 03 Oktober 2022 – Kuil Hindu Mega yang telah siap dibina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kini bakal dibuka kepada pengunjung bermula 05 Oktober 2022 ini bersempena Hari Dussehra, meraikan kekalahan raja syaitan Ravan oleh Lord Ram.

Kuil Baps Swaminarayan Abu Dhabi yang dibina di kawasan ‘Perkampungan Ibadah’ di Jebel Ali, Dubai yang juga menempatkan beberapa gereja dan Guru Nanak Darbar Gurudwara akan dibuka dari 6.30 pagi hingga 8 malam.

Menurut laporan, tempahan untuk hujung minggu sehingga akhir Oktober 2022 telah pun dilakukan oleh para pengunjung.

Kuil Hindu tersebut mempunyai 16 patung dewa dan lain-lain binaan dalaman yang majoritinya dewa-dewa tersebut diletakkan di dewan sembahyang utama yang mempunyai teratai merah jambu cetakan 3D yang besar terbentang di seluruh tengah kubah.

Beribu-ribu penduduk UAE berpeluang menyaksikan kuil Hindu baharu di Dubai itu untuk pertama kalinya ketika pelancaran tidak rasmi 01 September lalu.

Pada pelancaran tidak rasmi tersebut juga, pihak pengurusan telah mengaktifkan sistem tempahan temu janji berasaskan kod QR melalui laman web kuil Hindu Dubai untuk para pengunjung yang ingin membuat tempahan sehingga akhir Oktober.

Selepas daripada itu, orang ramai bebas untuk melawat kuil pada bila-bila masa mengikut waktu pembukaan kuil Hindu tersebut.

Sejak hari pertama pembukaan, Kuil Baps Swaminarayan Abu Dhabi telah menerima sejumlah besar pelawat, terutamanya pada hujung minggu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: