Tempatan

5 Nelayan Hilang Bot Karam Dipukul Ribut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos 2022 – “Assalamualaikum sahabat semua. Saya nak minta awak semua tolong doakan bot sahabat saya yang karam dijumpai…bot karam di lautan biru semalam…dipukul ribut…TRF 124…Seorang dijumpai selamat, 5 orang lagi belum dijumpai…Pakat-pakatlah kita doakan semuanya selamat dijumpai,” pohon seorang pengguna Facebook.

Menurut laporan, sebuah bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 yang membawa enam orang kru telah karam dipukul ribut.

Bot TFA 124 terdiri daripada enam kru termasuk tekong itu dipercayai karam lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang pada 10 malam Isnin lalu.

Susulan kejadian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan bot TFA 124 dengan enam kru tersebut.

Setakat ini, hanya seorang daripada enam kru yang ditemui selamat. Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Muhammad Kamaruddin bin Yudi, 31 tahun.

Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu telah berdaftar dan keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan.

Berikutan itu, “Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dapat menhubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu di talian 09-6224357,” kata Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi bin Ramli dalam satu kenyataan di Facebook.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: