Antarabangsa

5 Juta Kanak-Kanak Syria Lahir Semasa Perang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 05 September 2022 – United Nations Children’s Fund (UNICEF) mendedahkan, sejak 2011, iaitu tahun di mana perang mulai tercetus di Syria, hampir 5 juta kanak-kanak dilahirkan di Syria dalam suasana peperangan dan konflik.

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan pada tahun 2020, seramai 4.8 juta kanak-kanak warga Syria dilahirkan di negara bergolak tersebut semenjak perang meletus, manakala lebih kurang 1 juta lagi dilahirkan sebagai pelarian di negara asing.

Menurut laporan oleh sebuah portal antarabangsa, UNICEF turut melaporkan bahawa sistem pendidikan di Syria dalam keadaan yang teruk, di mana ia tidak mempunyai dana yang cukup, terlalu ‘padat’ dan tidak dapat menjamin keselamatan kanak-kanak di sana.

Menurut laporan yang sama, hampir 2.4 juta kanak-kanak di Syria tidak bersekolah. Bukan itu sahaja, hampir 40 peratus sekolah di Syria tidak dapat digunakan kerana digunakan untuk tujuan ketenteraan atau rosak dek peperangan yang berlaku.

Lebih menyayat hati lagi, hampir 13,000 nyawa tidak berdosa ini dilaporkan telah menemui ajal gara-gara peperangan yang melebihi sedekad lama ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: