Tempatan

5 Juta Data Pengguna AirAsia Bocor Digodam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Sebuah portal tempatan telah melaporkan bahawa data peribadi 5 juta penumpang AirAsia mungkin telah terjejas selepas penggodam yang dikenali sebagai Daixin mendedahkan dua fail yang mengandungi pelbagai butiran peribadi pekerja dan penumpang seperti yang didedahkan seorang pengguna Twitter.

“Godaman berlaku pada awal bulan ini. Fail pertama mengandungi maklumat penumpang, manakala yang kedua berkongsi butiran pekerja, seperti tarikh lahir, negara, alamat, tarikh pekerjaan, dan juga “soalan rahsia” mereka dengan jawapan,” kata seorang pengguna Twitter, @TheFuturizts.

Ujarnya lagi, susulan pendedahan, pihak AirAsia cuba berunding dengan Daixin namun gagal mencapai persetujuan dari segi bayaran.

“Menurut jurucakap Daixin, AirAsia menghubungi kumpulan itu untuk berbincang supaya mereka memadam semula data yang dikongsi tetapi gagal mencapai persetujuan mengenai bayaran.”

“Sebagai tindak balas, Daixin menyatakan bahawa ia akan mengeluarkan data AirAsia kepada orang ramai, termasuk maklumat backdoor,” kata @TheFuturizts lagi.

Walau bagaimanapun, kumpulan penggodam itu tidak meneruskan serangan ke dalam sistem rangkaian AirAsia disebabkan ia tidak tersusun dan tidak mempunyai piawaian yang selaras.

Sebuah portal asing, Databreaches.net juga berkongsi kenyataan kumpulan tersebut, “Kumpulan itu enggan mengutip sampah untuk masa yang lama. Seperti yang dikatakan oleh penggodam kami, ‘Biarkan penggodam baru mengisih sampah ini, mereka mempunyai banyak masa’.”

Setakat ini, AirAsia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu kebocoran data berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: