5 Aspek Diutamakan Dalam Semakan Semula Kategori Pendapatan Isi Rumah
KUALA LUMPUR, 15 Februari 2023 – Semakan semula kategori pendapatan isi rumah akan mengambil kira lima aspek, iaitu perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan, kos sara hidup, kuasa beli, demografi serta lokasi isi rumah.
Ini adalah susulan Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan isi rumah sedia ada bagi membolehkan bantuan yang lebih bersasar dan tepat disalurkan kepada mereka yang berkelayakan, ujar Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
BACA JUGA: “Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?” – CIJ
BACA JUGA: Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal
BACA JUGA: Nepotisme Bukan Sekadar Isu Tiada Gaji Atau Elaun – Hanif Khatri
Tambah beliau, dengan adanya kategori isi rumah kumpulan baharu ini, ia akan memantapkan lagi penggubalan dasar serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Selain itu, Rafizi memaklumkan bahawa Kerajaan juga merancang untuk beralih daripada pemberian subsidi menyeluruh menggunakan pendekatan berdasarkan kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada pendekatan yang lebih bersasar.
Pendekatan tersebut akan mengambil kira pendapatan boleh guna yang dipadankan dengan kos sara hidup semasa berdasarkan demografi keluarga dan lokaliti, jelas beliau.