Antarabangsa

48 Negara Seluruh Dunia Terdedah Kepada Krisis Makanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 04 Oktober 2022 – Sebanyak 48 negara seluruh dunia amat terdedah kepada krisis makanan, ujar Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva baru-baru ini.

Bercakap pada persidangan di Arab Saudi, beliau mengatakan bahawa kira-kira 10 ke 20 daripada 48 negara berkenaan mungkin memerlukan bantuan kecemasan bagi menangani krisis makanan global. Negara-negara tersebut juga dikatakan kebanyakannya dari sub-Saharan-Afrika, lapor berita Arab.

Selain itu, Kristalina mendedahkan seramai 141 juta orang di seluruh tanah Arab berhadapan dengan ketidakamanan makanan disamping berjanji mengenai keberadaan IMF dalam menghadapi situasi itu.

“Kami di sini untuk anda,” janjinya.

Ujar beliau, IMF akan lebih tegas dalam menentang sekatan perdagangan makanan untuk meredakan keadaan dan membantu negara-negara yang menghadapi kekurangan makanan dan kos tinggi akibat perang Rusia-Ukraine.

Negara seluruh rantau Timur Tengah juga turut serta menyokong negeri yang memerangi masalah inflasi makanan dan kekurangan makanan yang semakin meruncing disebabkan oleh perkembangan geopolitik global dan peningkatan risiko kemelesetan global.

Alice Gower, pengarah geopolitik dan keselamatan di Azure Strategy, berpendapat, “Keinginan untuk kestabilan serantau dan keselamatan telah menyaksikan peningkatan pelaburan dari negara-negara seperti Arab Saudi dan UAE di negara yang berada di bawah tekanan kewangan.”

Kelmarin, Arab Saudi telah menandatangani sebuah perjanjian untuk menubuhkan pejabat perwakilan serantau IMF di Riyadh, Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker