Tempatan

408 Laman Sesawang Pedofilia, Pornografi Kanak-Kanak Berjaya Disekat – MCMC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 September 2022 – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat sejumlah 408 laman sesawang yang berkaitan dengan pedofilia dan pornografi kanak-kanak.

Menurut SKMM, hasil daripada kerjasama pihak INTERPOL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenalpasti alamat Protokol Internet (IP), tindakan itu telah berjaya dibuat.

“Semua usaha untuk mengenal pasti alamat IP dijalankan PDRM berdasarkan fakta dan bukti kes, dengan pihak SKMM pula berperanan untuk memberi bantuan teknikal berdasarkan permohonan yang dibuat,” menurut kenyataan SKMM kepada sebuah portal berita tempatan.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan sebanyak 106,764 alamat protokol internet (IP) berdaftar Malaysia telah dikenal pasti terlibat dalam pornografi kanak-kanak sejak enam tahun lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof berkata kesalahan yang melibatkan pornografi terhadap kanak-kanak merupakan penyumbang kepada berlakunya jenayah seksual terhadap golongan terbabit di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini juga menegaskan agar jenayah seperti pornografi kanak-kanak, siber seksual, buli siber dan pemerdagangan manusia dibanteras dengan agresif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: