Antarabangsa

Kongres AS Absahkan Undang-Undang Halalkan Perkahwinan Sejenis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

WASHINGTON, 12 Disember 2022 – Kongres Amerika Syarikat (AS) mengabsahkan undang-undang yang menghalalkan perkahwinan sejenis pada Khamis lalu, menurut agensi berita antarabangsa.

Undang-undang tersebut diiktiraf dengan hasil undian Dewan berjumlah 258-169 di mana kesemua Demokrat Dewan serta 39 Republikan mengundi untuk menyokong manakala 169 daripada Republikan Dewan mengundi untuk menentangnya.

Perundangan tersebut turut mendapat sokongan daripada penyokong agenda LGBT serta beberapa organisasi dan entiti agama biarpun kebanyakan konservatif agama Amerika masih menentang perkahwinan gay kerana ia bertentangan dengan ajaran kitab mereka.

Lapor agensi berita tersebut, perundangan itu membolehkan Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jantina dan antara kaum selagi ia sah di negeri tempat perkahwinan itu dilakukan.

Malah, ia juga akan memberi konsesi kepada kumpulan agama dan institusi yang tidak menyokong perkahwinan sedemikian.

Sebelum menjelangnya hari pengundian undang-undang itu, Speaker Demokrat, Nancy Pelosi pernah menyatakan kecaman terhadap “gerakan kebencian” di sebalik serangan terhadap agenda LGBT di Amerika Syarikat.

Untuk rekod, menurut Biro Banci AS, lebih kurang 568,000 pasangan sama jenis berkahwin yang tinggal di AS.

Samudera.my sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa Mexico juga antara negara yang telah menghalalkan perkahwinan sejenis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: