Antarabangsa

400 Bandar China Haramkan Mercun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 14 Februari 2022 – Pihak berkuasa perbandaran Beijing membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan mercun di seluruh bandar bermula dari tahun ini, walaupun permainan mercun adalah sebahagian daripada budaya sambutan Tahun Baru Cina.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Dengan pengharaman ini, semua jenis mercun tidak lagi boleh dijual di mana-mana kedai di sepanjang Tahun Baru Cina ini, menurut pengumuman itu.

Sejak Disember 2017, Beijing telah meluluskan undang-undang yang menyekat pembakaran mercun di beberapa kawasan di bandar itu disebabkan oleh kesan pencemaran udara dan kecederaan yang diakibatkan oleh mercun.

Bermula dari itu, lebih 400 bandar di China mengambil langkah untuk mengharamkan pembakaran mercun kerana alasan yang sama.

Mercun mempunyai perkaitan yang rapat dengan sejarah, budaya dan kepercayaan masyarakat Cina. Terdapat juga lagenda lama yang mendakwa bunyi bising dan cahaya daripada pembakaran mercun boleh mengelakkan gangguan semangat-semangat jahat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: