Tempatan

4 Peruntukan Baharu Bela Nasib Individu Bankrap – Wan Junaidi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2022 – Jabatan Insolvensi Malaysia mencadangkan empat peruntukan baharu penambahbaikan undang-undang insolvensi di Malaysia, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Empat peruntukan baharu yang dilihat berkemampuan bagi melancarkan proses pentadbiran estet kebankrapan adalah pertama, peruntukan Seksyen 33C Akta 360 berkenaan pelepasan automatik bagi membantu lebih ramai bankrap yang dapat keluar daripada kebankrapan selepas tempoh tiga tahun.

Seterusnya, cadangan peruntukan kedua iaitu menetapkan masa pemfailan Borang Bukti Hutang oleh pemiutang untuk mempercepatkan proses pelepasan kebankarapan atau pembatalan perintah kebankrapan.

“Ketiga, memansuhkan mesyuarat pertama pemiutang, cadangan mesyuarat pemiutang hanya perlu diadakan berdasarkan keperluan dan permintaan pemiutang bagi mengelakkan kelengahan dan perancangan seterusnya dapat dibuat untuk membantu bankrap keluar dari kebankrapan.”

“Manakala keempat, menambah penggunaan baharu bidang teknologi komunikasi jarak jauh dalam urusan pentadbiran kebankrapan,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Wan Junaidi berkata, pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu mengkaji cadangan pindaan ini dengan lebih terperinci terutamanya impilikasi kepada orang ramai.

Sebelum ini, Datuk Seri Wan Junaidi mengumumkan kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga Mei lalu iaitu sebanyak 10,266 kes daripada jumlah keseluruhan 17,599 kes muflis.

Selain itu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi berkata, mengikut pecahan negeri pula, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 4,164 kes.

Melayu Paling Ramai Muflis Di Selangor

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: