Antarabangsa

4 Kritikal Disambar Kilat Depan Kediaman Presiden USA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 06 Ogos 2022 – Sekurang-kurangnya empat orang mangsa mengalami kecederaan parah setelah terkena panahan kilat di Taman Lafayette di hadapan White House, menurut laporan media.

“Kilat yang begitu jelas menyambar Taman Lafayette NW,” menurut pengumuman Jabatan Perkhidmatan Kebakaran dan Perubatan Kecemasan Columbia di laman Twitter. Jabatan tersebut telah menghantar bantuan memberi rawatan kecemasan dan menghantar kesemua empat mangsa yang sedang kritikal ke hospital.

Dua orang lelaki dewasa dan dua orang wanita telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa.

Kesemua mangsa dijumpai tidak sedarkan diri berhampiran dengan sebatang pohon, menurut jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kebakaran dan Perubatan Kecemasan Columbia, Vito Maggiolo.

Leave a Reply

Back to top button