GEORGETOWN: Seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini bertindak memboikot sesi libat urus ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bersama barisan ADUN yang bermula hari ini.
Keempat-empat ADUN Bersatu itu ialah Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md. Lazim (Teluk Bahang).
Dalam satu kenyataan bersama mereka mendakwa, keputusan memboikot sesi berkenaan berikutan tindakan berat sebelah pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menarik balik peruntukan yang telah diluluskan pada 20 Januari lalu kepada ADUN pembangkang berjumlah RM 60,000 menerusi surat yang dikeluarkan 19 Februari lalu.
Untuk berita penuh sila klik di sini