Tempatan

36% Rakyat Malaysia Mahu Berhenti Kerja Dalam Tempoh 1 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2022 – Kebanyakan rakyat Malaysia bercadang untuk berhenti kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, peluang kerjaya yang lebih baik dan waktu kerja yang fleksible.

Dapatan kajian ini diperolehi daripada Kaji Selidik Bayangan Semula Pekerjaan EY 2022 yang mengambil pandangan lebih daripada 1,500 pemimpin perniagaan dan 17,000 pekerja di 22 negara, termasuk 50 majikan dan 250 pekerja di Malaysia.

Melalui kaji selidik itu, kajian mendapati faktor pasaran pekerjaan yang semakin mengecil dan pertambahan jumlah pekerjaan yang menawarkan cara kerja fleksibel memainkan peranan penting.

“95 peratus responden menyatakan kemahuan bekerja di luar pejabat sekurang-kurangnya dua hari seminggu.”

“Manakala hampir separuh daripada pekerja Malaysia atau 44 peratus dalam kaji selidik itu menyatakan mereka akan kekal di organisasi masing-masing jika mendapat bayaran lebih baik.”

Menurut Ernst & Young (EY), pandemik COVID-19 telah mengubah cara seseorang bekerja dan mempengaruhi pemahaman individu tentang kejayaan serta tujuan dan nilai hidup.

Namun, portal itu tidak menafikan dapatan kajian juga boleh dipengaruhi oleh pilihan generasi itu sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: