Antarabangsa

30 Terbunuh, Ratusan Cedera Pertempuran Di Iraq

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAQ, 30 Ogos 2022 – Sekurang-kurangnya 30 terbunuh manakala ratusan lainnya tercedera selepas satu pertempuran tercetus susulan keputusan pemimpin kuat Iraq, Muqtada al-Sadr untuk berundur dari dunia politik, sekali gus membuatkan krisis politik Iraq berubah menjadi keganasan.

Tentera Iraq mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara pada hari Isnin selepas tembakan demi tembakan meletus di ibu negara Iraq, Baghdad dan penunjuk perasaan yang merupakan penyokong Muqtada menyerbu istana kerajaan.

Keganasan yang berlaku menimbulkan kebimbangan, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara menyeru agar penyokong Muqtada bertenang dan berdialog untuk menyelesaikan pertikaian.

Hari ini, Syarikat penerbangan Emirates Dubai telah membatalkan semua penerbangan ke dan dari Baghdad susulan pergolakan yang berlaku.

Menurut laporan portal antarabangsa, pasukan keselamatan Iraq telah memaksa keluar penyokong al-Sadr dari Istana Republik, di mana terletaknya pejabat perdana menteri serta kawasan sekitarnya.

Manakala Muqtada al-Sadr melancarkan mogok lapar sehingga “keganasan dan penggunaan senjata” berakhir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: