Tempatan

3 Tok Batin Mohon Maaf, Mengaku Protes Bukan Budaya Orang Asli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BHARU, 27 Jun 2023 – Tiga orang Tok Batin daripada tiga buah kampung Orang Asli yang berbeza telah menarik diri daripada sesi tunjuk perasaan yang dibuat di luar Pejabat Menteri Besar pada bulan lalu.

Hadi Baya, wakil ketua kampung dari Kampung Asli Kemidak telah membuat kenyataan bahawa tindakan menunjuk perasaan atau protes itu bukanlah dari budaya Orang Asli.

BACA JUGA: Percepat Proses Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Demi Masa Depan Kanak-Kanak

BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal

BACA JUGA: Insiden ‘Tegur’ Gadis Form 6, Tokoh Media Nasihat PMX

Beliau dalam kenyataan yang sama turut menyatakan harapan untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menzahirkan kekesalannya serta untuk memohon maaf kepada baginda.

Menurut Hadi lagi, Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) yang merupakan badan penganjur bagi protes tersebut sama sekali tidak mewakili keseluruhan masyarakat Orang Asli yang keseluruhannya berjumlah sekira-kira 20,000 penduduk.

Hadi turut menyatakan bahawa mereka yang berada di bawah pimpinannya akan memberi kerjasama dan menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam membangunkan masyarakat Orang Asli dari pelbagai segi termasuklah pendidikan, ekonomi dan sosial.

Selain daripada Hadi, Sari Achu dan Lim Abdul Rahman yang masing-masing memimpin Kampung Orang Asli Berasau dan Kampung Orang Asli Kangkar Senangar turut tidak bersetuju dengan tindakan protes tersebut.

Pada 8 Mei lalu, sekitar 200 Orang Asli telah berkumpul di luar Pejabat Menteri Besar di Iskandar Puteri bagi menyerahkan memorandum membantah cadangan bagi menukarkan status tanah Orang Asli.

Sultan Johor telah mencadangkan penukaran tanah tersebut setelah menzahirkan kekecewaan baginda berikutan terdapat beberapa Orang Asli telah membersihkan tanah tersebut secara haram untuk dijadikan tapak penanaman getah dan kelapa sawit berskala besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: