Antarabangsa

3 Pegawai Pemerhati Keamanan Malaysia di Congo Dievakuasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

REPUBLIK CONGO, 28 Julai 2022 – Tiga pegawai pemerhati keamanan Malaysia yang bertugas di Congo dikatakan selamat dievakuasi ke lokasi yang tidak didedahkan, dedah seorang pengguna laman media sosial.

Tiga rakyat Malaysia tersebut ditempatkan di Congo sebagai sebahagian daripada United Nations Organization Stabilization Mission in the Democratic Republic of the Congo (MONUSCO), sebuah usaha di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menjaga kestabilan Congo.

Menurut laporan, insiden keganasan ini berlaku di bahagian timur Congo, di mana sebuah protes menentang kehadiran PBB di sana diadakan menjelang hari yang ketiga setakat hari ini.

Protes tersebut telah meragut 3 nyawa pegawai pemerhati keamanan PBB, manakala kematian orang awam pula setakat ini dilaporkan seramai 12 orang.

Protes ganas ini dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat setempat yang mendakwa pihak PBB gagal memelihara masyarakat awam daripada serangan kumpulan militia yang bermaharajalela di sana.

Terdahulu, insiden yang hampir sama turut tercetus pada tahun 2019, di mana Kwiknews melaporkan ketika itu terdapat enam orang pegawai pemerhati keamanan Malaysia yang ditempatkan di Congo dan kesemua mereka didapati selamat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: