Antarabangsa

3 Lagi Rakyat Malaysia Bakal Ke Tali Gantung Di Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 18 Januari 2023 – Tiga individu warga Malaysia yang kini berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah akan didengarkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan Singapura pada Jumaat ini.

Tiga individu tersebut akan bersama 12 yang lain dalam pendengaran rayuan tersebut adalah Datchinamurthy Kataiah, Pannir Selvam Prathaman dan Saminathan Selvaraju.

BACA JUGA: NGO Bantu Pekerja Migran, Dakwa Pengarah Songlap Dana

BACA JUGA: ‘Pulau’ Lucah & Berlebihan, Bekas Menteri Pelik Kerajaan Senyap

BACA JUGA: GEMPAR!! Masjid Diroboh Untuk Besarkan Jalan

Manakala individu keempat yang juga merupakan warga Malaysia, Gobi Avedian yang juga telah disabitkan dengan kesalahan dadah namun tidak dijatuhkan dengan hukuman gantung turut akan membuat rayuan.

Wakil daripada Anti-Death Penalty Asia Network, Dobby Chew telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang telah disabitkan itu telah membuat rayuan atas dasar bahawa dokumen berkenaan hubungan mereka dengan para peguam mereka telah disalin beberapa kali dan telah dibawa ke Jabatan Peguam (AGC) tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka. Menurutnya lagi,

“Para banduan telah memfailkan saman sivil terhadap AGC namun ianya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada tahun lalu”.

Rakyat Malaysia terakhir menerima hukuman gantung sampai mati atas kesalahan dadah setakat ini adalah Kalwant Singh yang mana beliau telah digantung pada Julai tahun lalu.

Sebelum itu, seorang lagi warga Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam telah digantung sampai mati di Singapura pada April tahun lalu, juga atas kesalahan mengedar dadah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: