3 Bulan Selepas Dipanggil Fahmi Fadzil, Telegram Mengaku Tak Akan Buat Tapisan Politik
KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 – Telegram enggan mengambil bahagian dalam ‘sebarang bentuk tapisan politik’ walaupun selepas tiga bulan dipanggil Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Dalam satu kenyataan kepada akhbar tempatan, jurucakap Telegram, Remi Vaughn berkata pihaknya aktif memantau kandungan berbahaya dalam aplikasi tersebut, termasuk penjualan bahan terlarang dan kandungan lucah.
Pasukan moderator Telegram juga memantau dan menerima laporan pengguna daripada platform berkenaan serta menerusi emel [email protected] bagi memadam kandungan yang melanggar syarat perkhidmatan Telegram.
BACA JUGA: AS Mahu Dunia ‘Tindas’ China – Tun Mahathir
BACA JUGA: PERHATIAN: Angin Kencang, Laut Bergelora Landa Malaysia 5 Hari Ini
BACA JUGA: Jam SWATCH Dirampas Bukan Sebab Warna Pelangi, Tetapi Cetakan ‘LGBTQ’
Walau bagaimanapun, jelasnya, “Telegram tidak akan turut serta dalam sebarang tapisan politik.”
Sekitar Mac lalu, Kementerian Komunikasi dan Digital telah memanggil Telegram berhubung salah guna platform yang melibatkan penyebaran bahan lucah, ekstremisme dan kegiatan penipuan.
Menurut Fahmi Fadzil, Telegram tidak memberi kerjasama sejak Januari lalu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku badan pemantau akan mencadangkan tindakan selanjutnya terhadap platform berkenaan.