3 Bulan, Jawatankuasa Kaji Dasar Pengajian Tinggi
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 – Dasar pengajian tinggi negara akan dikaji semula dalam masa tiga bulan oleh jawatankuasa yang bakal dibentuk.
Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi bertanggungjawab menyemak dasar pengajian tinggi sebelum mengemukakan penemuannya dan membuat cadangan.
BACA JUGA: Jeti Roboh, Guru Bergelut Selamatkan Anak Murid
BACA JUGA: Kenaikan Kos, Ibu Bapa Seru Kerajaan Kawal Harga Barangan Keperluan Sekolah
BACA JUGA: Banjir: Menteri Cadang Wujudkan Juga Tempat Proses Retort Food Di Sabah
Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin berkata, dasar dan cara kerja kementerian itu perlu diubah suai mengikut realiti semasa.
“Pelbagai pelan dan dasar kita memerlukan citra baharu. Berpasak pada realiti semasa dan merangkum kepentingan masa depan yang lestari.”
“Jadi adalah sangat penting untuk dasar kita (kementerian) turut berubah. Ini melibatkan meninggalkan yang lapuk, meneroka yang baharu dan menjadikannya berjaya. Kita membetulkan kesilapan dan mengelakkan kesilapan.”
Tuntasnya, pendidikan tinggi kini jauh lebih rumit dan mencabar, oleh itu strategi yang lebih canggih, mampan dan kontemporari diperlukan.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023, di kementeriannya pada Isnin lalu.
Dalam perutusan itu juga, beliau menggariskan sepuluh fokus lain yang akan menjadi keutamaan kementerian bagi tahun 2023.