Antarabangsa

Perang Proksi Sudan, Dua Pihak Bertelagah Setuju Gencatan Senjata

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUDAN, 03 Mei 2023 – Kedua-dua pihak ketenteraan Sudan yang sedang bertelagah telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama tujuh hari bermula dari Khamis lalu sebagaimana yang telah diumumkan oleh Sudan Selatan.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam keadaan serangan udara yang rancak sedang berlaku di Khartoum beserta dengan tembakan.

BACA JUGA: 86 Hari Mogok Lapar, Pejuang Palestin Syahid Di Penjara Zionis

BACA JUGA: Peruntukan Tahunan Kepada Sekolah Cina Bertentangan Dengan Akta Pendidikan – Peguam

BACA JUGA: TERKINI: Abai & Aniaya Remaja Sindrom Down, Siti Bainun Didapati Bersalah

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Sudan Selatan yang mana mereka telah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah di dalam konflik tersebut, Presidennya Salva Kiir telah menekankan kepentingan gencatan senjata yang lebih lama.

Kiir juga menekankan tentang penglibatan wakil pihak-pihak yang bertelagah bagi mengadakan pertemuan bagi mencapai keamanan, di mana kedua pihak yang bertelagah itu sudah bersetuju agar ianya diadakan.

Kredibiliti bagi perjanjian gencatan senjata May 4-11 di antara pemimpin tentera Sudan, General Abdel Fattah Al-Burhan dan Ketua Rapid Support Forces General Mohamed Hamdan Dagalo itu masih belum jelas, berikutan siri keganasan yang berlaku yang telah melanggar perjanjian-perjanjian sebelumnya.

Peperangan di Sudan itu telah menyebabkan sekitar 100,000 orang di negara tersebut meninggalkan Sudan dan ianya telah dianggap sebagai sebuah krisis kemanusiaan yang dahsyat.

Para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan bahawa pemimpin bantuan badan antarabangsa tersebut akan melawat Sudan pada Selasa ini namun perincian bagi lawatan tersebut masih belum dimuktamadkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: