Antarabangsa

2,600 Pekerja UK Mula Bekerja Empat Hari Seminggu Tanpa Potongan Gaji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 30 November 2022 – Hampir 2,600 pekerja di United Kingdom (UK) mula bekerja empat hari seminggu malah masih menerima gaji untuk sebulan penuh tanpa potongan.

Pekerja tersebut dari 100 syarikat mendapat manfaat sedemikian selepas syarikat mereka mendaftar untuk menjadi majikan ‘bertauliah’ dalam skim yang dijalankan di seluruh negara berkenaan.

Lapor media antarabangsa, beberapa penyokong sistem bekerja empat hari seminggu menyifatkan sistem bekerja lima hari sebagai ‘kebiasaan’ dari zaman ekonomi awal.

Mereka berpendapat bahawa bekerja empat hari seminggu akan mendorong syarikat untuk meningkatkan produktiviti mereka sekali gus menghasilkan output sama dalam masa lebih singkat.

Bukan itu sahaja, sistem ini juga telah membuktikan dapat menarik dan mengekalkan pekerja dalam sesebuah syarikat.

Dalam pada itu, dua syarikat terbesar yang mendaftar skim tersebut adalah Atom Bank dan syarikat pemasaran global Awin, yang masing-masing mempunyai kira-kira 450 kakitangan di UK.

Mereka telah mendapat akreditasi daripada kempen berkenaan yang bermaksud bahawa mereka berjaya mengurangkan masa bekerja bagi pekerja dan bukannya memaksa mereka bekerja lebih masa.

Ketua Eksekutif Awin, Adam Ross berkata, pelaksanaan sistem bekerja empat hari seminggu merupakan antara inisiatif paling transformatif yang dilihat dalam sejarah syarikat itu.

“Sepanjang satu tahun setengah, kami bukan sahaja melihat peningkatan luar biasa dalam kesejahteraan pekerja tetapi pada masa yang sama, perkhidmatan pelanggan dan perhubungan serta pengekalan bakat juga mendapat manfaat,” ujarnya.

Joe Ryle, pengarah kempen UK berkata, “Kami mahu melihat empat hari seminggu tanpa potongan gaji menjadi cara biasa bekerja di negara ini menjelang akhir dekad ini, jadi kami menyasarkan untuk mendaftar lebih banyak syarikat dalam beberapa tahun akan datang.”

Kebanyakan syarikat yang mengguna pakai sistem ini adalah dari sektor perkhidmatan seperti teknologi, acara atau syarikat pemasaran. Walau bagaimanapun, beberapa syarikat pembuatan dan pembinaan juga telah mendaftar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: