Antarabangsa

26 Didakwa Atas Kesalahan Solat Jemaah Di Rumah Tanpa Kebenaran Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTAR PRADESH, 01 September 2022 – Polis Uttar Pradesh telah mendaftarkan kes terhadap 26 individu atas kesalahan menunaikan solat jemaah “tanpa kebenaran” di sebuah rumah di daerah Moradabad.

Polis mendakwa kesemua Muslim tersebut melakukan kesalahan kerana berkumpul dalam satu “perhimpunan yang menyalahi undang-undang.”

Kes itu telah difailkan atas aduan seorang warga tempatan bernama Chandra Pal Singh yang berkata, dia menentang orang yang menunaikan solat beramai-ramai di rumah.

Menurut laporan sebuah portal antarabangsa, polis memetik “bantahan daripada jiran” dan mendaftarkan kes di bawah IPC Seksyen 505-2 – kenyataan nakal dalam perhimpunan menjalankan ibadah agama.

Superintendan Polis, Sandeep Kumar Meena berkata, ramai penduduk yang berkumpul di dua buah rumah di kampung Dulhepur di kawasan Chhajlet tanpa sebarang notis dan menunaikan solat.

“Mereka telah diberi amaran sebelum ini agar tidak lagi melakukan amalan seperti itu di rumah, berikutan bantahan daripada jiran-jiran yang tergolong dalam komuniti lain,” ujarnya.

Kampung itu tidak mempunyai masjid, oleh itu, komuniti Muslim di kampung tersebut membuat inisiatif berkumpul di sebuah rumah untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Terdahulu, dalam laporan berlainan, pekerja Bajrang Dal di DB Mall memberi amaran untuk memainkan puisi memuja dewa Hanuman (Hanuman Chalisa) sekiranya pekerja Muslim tidak menghentikan tindakan mereka menunaikan solat di sebuah sudut dalam pusat beli belah berkenaan.

Beberapa hari sebelum kejadian, 10 hingga ke 12 individu yang menunaikan solat di pusat beli belah itu telah ditangkap oleh pihak Bajrang Dal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: