Tempatan

25 Tan Al-Quran Banjir Dibakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2022 – Sebanyak 25.2 tan mushaf Al-Quran rosak dibakar oleh Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam susulan tragedi banjir yang membabitkan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang. Pusat ini terletak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Datuk Mohd Ajib Ismail merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat membabitkan rumah persendirian, surau serta masjid.

Penduduk di kawasan tersebut menghantar semua mushaf Al-Quran yang sudah rosak ke Darul Kalam bagi tujuan pelupusan dengan kaedah yang betul.

“Alhamdulillah, kita mempunyai kemudahan untuk melupuskan Al-Quran dengan cara membakar. Abu berkenaan akan diletakkan di telaga simpanan khas untuk menjaga kesuciannya.

Menerangkan dengan lebih terperinci mengenai proses pelupusan, sesi penimbangan setiap naskah Al-Quran adalah langkah pertama yang perlu dilakukan atas tujuan perekodan.

“Kedua, kita akan leraikan dan asingkan mushaf Al-Quran yang mempunyai kulit keras (hard cover) ini.”

“Untuk insiden banjir ini, kita perlu mengeringkan terlebih dulu helaian Al-Quran berkenaan untuk memudahkan proses pembakaran agar setiap pembakaran dapat dilakukan dengan sempurna.” tambah beliau.

“Selain itu, jika kita terima dalam bentuk buku, petugas atau sukarelawan akan meleraikannya dan hanya halaman yang mempunyai ayat Al-Quran saja akan dibakar,”

Selepas selesai proses meleraikan, setiap halaman akan dimasukkan ke dalam mesin rincihan sebelum ia dibakar dalam satu relau khas selama empat hingga enam jam.

Bagi menyempurnakan prosedur pelupusan ini, abu yang terhasil akan diletakkan di dalam telaga penyimpanan abu Al-Quran dan air hasil dari keseluruhan proses pula akan dialirkan ke laut.

“Kita mempunyai empat telaga, termasuk satu telaga tambahan bagi penyimpanan abu Al-Quran dan kita letakkannya di belakang Darul Kalam serta berpagar untuk menjaga kesucian abu Al-Quran ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mahfuzah Zohdi, Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam telah siap dibina pada tahun 2014 dan ia dibangunkan bagi menjalankan kerja pelupusan teks mengikut kaedah yang betul demi menjaga kesucian Al-Quran dengan baik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: