25% Drop-Out Sekolah Vernakular Cina, Ramai Sertai Jenayah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JUMAAT, 21 Januari 2022 – Terdapat 25 peratus kanak-kanak bawah umur yang belajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina gagal untuk meneruskan pelajaran mereka — kadar keciciran yang paling tinggi berbanding sistem sekolah lain, menurut laporan Pertubuhan Peguam Prihatin (CLJ).
BACA: Cina Generasi Ketiga Layak Diiktiraf Bumiputera – ADUN DAP Sarawak
BACA: Sekolah Cina Tolak Ribuan Guru BM Kementerian, Lantik Walk in Bangsa Cina
BACA: Hapuskan Sekolah Cina Lebih Penting Dari Hapuskan Gerakan Komunis Bagi Lee Kuan Yew
Menurut CLJ lagi, kewujudan berterusan sistem pendidikan yang tidak mengikut piawai sebegini boleh merosakkan masa depan para pelajar, selain mendatangkan mudarat yang serius kepada integrasi nasional dan perpaduan.
Laporan CLJ itu memetik catatan mantan Pengarah Kajian di Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Muhammad Abdul Khalid dalam buku berjudul “The Colour of Inequality” yang menyebut, “sebuah laporan daripada Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa antara tahun 2006 dan 2010, kadar drop-out daripada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina adalah paling tinggi berbanding sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah-sekolah kebangsaan.
Sebuah laporan daripada Malaysian Chinese Association (MCA) juga mencatatkan anggaran seorang daripada empat orang pelajar tercicir keluar daripada sekolah-sekolah Cina pada usia 18 tahun, diterjemahkan kepada kadar keciciran 25 peratus.”
Akhbar Singapura, The Straits Times pernah melaporkan bahawa ramai remaja Cina yang berhenti sekolah awal ini terlibat dengan pelbagai kegiatan haram demi mendapatkan wang secara mudah, antaranya terlibat dengan industri cetak rompak dan lintah darat ‘Ah Long‘.
“Adalah amat menyedihkan melihat Cina muda berhenti sekolah pada usia 15 sehingga 17 dan berakhir dengan cuba mengelak daripada diberkas oleh pihak polis setiap hari,” kata Dr Wee Ka Siong dari MCA kepada wartawan The Straits Times.