Antarabangsa

225 Tahun Ditutup, Mesir Buka Kembali Masjid Bersejarah Abad Ke-13

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 06 Jun 2023 – Mesir membuka semula sebuah masjid abad ke 13 yang rosak selepas digunakan bertahun-tahun sebagai kilang sabun, pusat penyembelihan dan kubu selepas menjalani pemulihan yang lama, memetik Arab News.

Masjid Al-Zhahir Baybars yang dibina di bawah pemerintahan Mamluk pada tahun 1268 turut merangkumi kawasan seluas tiga ekar di utara pusat Kaherah sekali gus menjadikannya masjid ketiga terbesar di Mesir.

Menurut penyelia pemulihan, Tarek Mohamed El-Behairy, masjid tersebut menjalani pemulihan mekanikal dan kimia untuk mengembalikannya kepada keadaan asal.

BACA JUGA: Cuaca Kering, Jerebu Melanda Malaysia Hingga September

BACA JUGA: Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali, Kerajaan Digesa Kongsi Siasatan

BACA JUGA: Kerajaan Mesti Junjung Titah YDPA, Selesaikan Salahguna Kalimah Allah Segera – Haniff Khatri

“Ada bahagian yang musnah, ada bahagian yang telah dibongkar kerana strukturnya tidak sesuai untuk kekal di dalam masjid.”

“Tetapi kami sangat berminat, walaupun dalam proses pembinaan semula, untuk bekerja mengikut caya arkeologi yang betuL,” katanya.

Difahamkan, pemulihan itu menelan belanja sebanyak $7.68 juta (RM351 juta) di mana ia turut dibiayai bersama dengan Kazakhstan bermula tahun 2017.

Masjid tersebut sama ada ia ditutup, ditinggalkan atau telah beroperasi untuk tujuan bukan agama selama 225 tahun itu telah menyumbang kepada kerosakan yang berlaku.

Sewaktu kempen Napoleon di Mesir, masjid berkenaan digunakan sebagai kubu tentera dan kemudiannya dijadikan kilang sabun pada zaman pemerintahan Uthmaniyah sewaktu abad ke-19.

Lalu, pada tahun 1982, ia dijadikan sebagai rumah penyembelihan sewaktu British menyerang Mesir.

Untuk rekod, Al-Zahir Baybars merupakan seorang tokoh terkemuka dalam sejarah Mesir dengan mengukuhkan pemerintahan Mamluk di Mesir yang berlangsung selama tiga abad hingga 1517.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: