21 Jalan Ditutup Sekitar Putrajaya Mulai Hari Ini
KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2024 – Sebanyak 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup hari ini sehingga 29 Ogos sempena raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, penutupan jalan itu bermula dari jam 5 pagi hingga 11 pagi.
Menurut beliau, “Antara 21 jalan yang ditutup adalah Laman Perdana, Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana, Jalan P3C/Persiaran, Jalan P3F/Persiaran Perdana, Jalan Kemerdekaan/Jalan P3G, Jalan P4B/ Persiaran Perdana dan Lebuh Setia/Jalan Perpaduan.”
“Selain itu, jalan lain yang ditutup adalah Lebuh Perpaduan/Lebuh Saujana, Lingkaran Gemilang/Persiaran Perdana, Lebuh Saujana/Jalan Tun Hussein, Lebuh Setia/Persiaran Perdana, Jalan Kemerdekaan/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana, Jalan P2P/Persiaran Perdana, Lebuh Bestari/Jalan P2F, Jalan P2S/Persiaran Perdana, Jalan P2W/ Persiaran Perdana dan Lebuh Wawasan/Persiaran Perdana,” katanya.
Tambah beliau, pada 30 Ogos pula, jalan membabitkan laluan ke Core Island akan ditutup bermula jam 7 petang, manakala 10 jalan utama akan ditutup sepenuhnya pada 31 Ogos bermula jam 5 pagi hingga 11 pagi.
“Jalan terbabit adalah Persiaran Barat/Lebuh Saujana, Lebuh Sentosa/Lebuh Saujana, Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan, Jalan Presint 8/Lebuh Wawasan, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18/Lebuh Bestari, Jalan Presint 18/Jalan Tun Hussein, Lebuh Setia/Jalan Tun Hussein, Lebuh Saujana/Jalan Tun Hussein dan Jalan Presint 5/Lebuh Gemilang Perdana.”
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan selain dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam iaitu bas ulang-alik. Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak meletak kenderaan di kawasan larangan atau di kawasan yang akan mengganggu lalu lintas.