Tempatan

Hujan Lebat Punca Terjadi Tragedi Batang Kali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 Oktober 2023 – Tragedi tanah runtuh di Batang Kali tahun lalu dilaporkan terjadi akibat hujan lebat berterusan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam kenyataannya berkata, dapatan analisis forensik Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR) menolak faktor manusia menjadi faktor kepada keruntuhan cerun berkenaan.

“Ia akibat daripada kombinasi jumlah hujan major bagi tempoh lima hari dan hujan Anteseden kumulatif 30 hari sebelum runtuhan berlaku yang mana masing-masing 118.6 mm dan 444.8 mm.”

Menurutnya, hujan lebat itu telah menyebabkan kegagalan cerun sehingga mengakibatkan tapak perkhemahan meliputi Kawasan Hill View, Farm View dan Riverside tertimbus dengan sisa runtuhan tanah sehingga berlaku kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

“Siasatan tidak menemui bukti kukuh menunjukkan aktiviti antropogenik sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kejadian tanah runtuh ini,” ujarnya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.

Terdahulu, tragedi tanah runtuh Batang Kali yang berlaku pada awal pagi 16 Disember tahun lalu di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali di Hulu Kelang, Selangor,mengorbankan 31 orang termasuk 13 kanak-kanak dan mencederakan 61 yang lain.

Laporan penuh yang disediakan JKKTR berkaitan tragedi ini boleh diakses oleh orang ramai melalui laman sesawang NADMA, https://www.nadma.gov.my, mulai 10.00 pagi, hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: