Tempatan

2030: Hapus Semua Amalan Khitan Perempuan – Forum SIS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – “Komuniti Global bersetuju menghapuskan semua amalan yang membahayakan kanak-kanak perempuan termasuk khitan perempuan menjelang tahun 2030.”

Ini antara kenyataan yang dibangkitkan oleh Shareena Sheriff, Pengurus Program untuk Advokasi, Perkhidmatan Undang-Undang dan Penyelidikan Sisters in Islam dalam forum ‘Seminar Sunat Perempuan: Mengenal dan #Pikirbalik Amalan Turun-Temurun’, semalam.

Dakwanya, khitan perempuan atau dalam bahasa Inggerisnya female genital mutilation (FGM) adalah satu pelanggaran hak asasi, kesihatan dan integriti kanak-kanak perempuan dan wanita.

“CEDAW & CRC menyarankan langkah-langkah oleh kerajaan serta badan-badan lain bagi menghapuskan sunat perempuan.”

Menurut Shareena, tiada nas di dalam Al-Qur’an mahupun hadis yang mewajibkan amalan khitan untuk perempuan. Ia hanyalah sekadar ijtihad ulama.

“Tiada surah dalam Al-Quran atau hadis mewajibkan sunat perempuan.”

Bukan itu sahaja, amalan FGM ini juga datang daripada budaya Yahudi dan Arab Jahililiyyah sebelum kedatangan Islam.

“Sunat perempuan bukan budaya Islam kerana dipraktikkan sebelum kedatangan Islam lagi oleh Yahudi dan Arab Jahiliyah.”

Oleh itu, Shareena menegaskan, amalan khitan perempuan perlu dihapuskan kerana ia bukan budaya Islam, tiada bukti dari segi aspek kebersihan dan tidak terbukti dari perspektif nafsu.

“Tidak ada bukti perubatan sunat perempuan meningkatkan tahap kebersihan bagi wanita tetapi sebaliknya bagi lelaki terbukti.”

“Isu mengawal nafsu dan mengelakkan anak perempuan menjadi liar adalah cara untuk mengawal tubuh badan dan kelakuan wanita, dan digunakan dalam sistem patriarki. Ianya tidak seiring dengan keadaan wanita sekarang yang bebas berfikir dan serba berdikari dan berkebolehan terutama dalam menjaga maslahah diri.”

Turut hadir sebagai panel di dalam forum tersebut ialah, Dato’ Haji Ismail Yahya, Mantan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Prof Dr Dayang Anita, Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM dan Rozana Isa selaku Pengarah Eksekutif Sisters In Islam. Forum dilaksanakan sempena Hari Antarabangsa Zero Toleransi Untuk Sunat Perempuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: