Antarabangsa

20 Tahun Selepas Pengeboman Bali, Bandung Digegar Letupan Bom Pengganas, 2 Maut

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 07 Disember 2022 – 20 tahun selepas pengeboman Bali, hari ini balai polis di Bandung digegar dengan ledakan bom bunuh diri sehingga mengakibatkan dua orang maut, menurut berita tempatan.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, suspek pengganas yang bersenjatakan pisau itu meletupkan dirinya sejurus memasuki balai polis berkenaan.

Kata pegawai agensi anti pengganas Indonesia (BNPT), Ibnu Suhendra, serangan terbabit disyaki didalangi oleh Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang dipengaruhi oleh fahaman Daesh.

Letupan berdarah itu telah mengakibatkan suspek dan seorang pegawai polis terbunuh manakala lapan orang pegawai serta orang awam tercedera.

Perkongsian daripada pengguna-pengguna di Twitter menunjukkan keadaan yang huru-hara dan panik daripada orang awam susulan kejadian itu.

Dalam usaha untuk menentang pengganas, Indonesia telah meluluskan undang-undang yang lebih tegas bagi memerangi pengganas selepas beberapa siri pengeboman berani mati yang dikaitkan dengan JAD.

20 tahun lalu, pada 12 Oktober 2002, lebih 200 nyawa terkorban susulan serangan berdarah di sebuah bar serta kelab malam yang menjadi sasaran kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: