Antarabangsa

20 Tahun Pendudukan AS, Bukan Agama, Punca Wanita Afghanistan Sengsara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 26 April 2023 – 20 tahun kependudukan Amerika Syarikat (AS) merupakan punca kepada kesengsaraan wanita Afghanistan dan bukannya agama Islam. Penegasan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Nasser Kanani ketika sambutan Hari Peringatan Al-Quds Antarabangsa baru-baru ini.

BACA JUGA: MP DAP Desak Gugurkan Siasatan Dalam Kes Cubaan Bunuh Diri

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Dua Aduan Keracunan Makanan Diterima KKM

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

Beliau menceritakan pertemuan yang dihadiri Menteri-Menteri Luar di Samarkhand, Uzbekistan yang dihadiri China, Pakistan, Iran dan Rusia yang antara lain membincangkan kemusnahan Afghanistan setelah lebih 20 tahun pendudukan ketenteraan AS dan pengunduran yang tergesa-gesa serta penuh bermasalah.

Iran menyokong segala usaha keamanan bagi Afghanistan dan membantah keras sebarang campur tangan anasir luar ke atas urusan dalaman negara tersebut.

Amat malang juga apabila perbincangan tentang wanita Afghanistan khasnya oleh pihak Barat digambarkan terikat dengan dua dimensi yakni “dipaksakan memakai purdah dan dilarang bergerak seperti wanita normal yang lain”.

Kesengsaraan wanita Afghanistan adalah berpunca daripada 20 tahun konflik bersenjata. “Kenapakah pula peperangan, militarisasi dan kebuluran dilihat lebih ringan ke atas wanita Afghanistan berbanding isu akses kepada pendidikan dan pekerjaan?”, soal pemerhati Saba Mahmood.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: