Antarabangsa

20 Jemaah Umrah Terbunuh, Bas Langgar Jambatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 28 Mac 2023 – Sebuah bas yang membawa jemaah umrah ke kota suci Mekah terbakar selepas merempuh jambatan dan mengakibatkan 20 orang maut serta puluhan yang lain cedera, semalam.

Memetik kepada agensi berita antarabangsa, insiden yang berlaku di wilayan selatan Asir itu mendatangkan cabaran bagi membawa jemaah ke Mekah dan Madinah dengan selamat.

BACA JUGA: PATI, Imigran, Pelajar Asing Lubuk Pegawai Korup-SPRM

BACA JUGA: Selepas Bandar Gah, Saudi Mula Operasi Penerbangan Khas NEOM Akhir 2024

BACA JUGA: PERHATIAN, Sibu Dijangka Dibadai Ribut Petir

“Menurut maklumat awal yang kini kami terima, jumlah kematian dalam kemalangan ini mencecah 20 dan jumlah kecederaan adalah kira-kira 29,” lapor saluran El-Ekhbariya yang bekerjasama dengan Kerajaan.

Lapornya juga, mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu mempunyai kewarganegaraan yang berbeza namun perinciannya tidak dinyatakan.

Katanya, bas itu dipercayai mengalami “masalah kenderaan” tanpa menyatakannya dengan spesifik, manakala, akhbar Okaz pula mengatakan, kegagalan brek menjadi punca kepada berlakunya kemalangan terbabit.

Untuk rekod, tugas bagi membawa jemaah di sekitar tanah suci Arab Saudi merupakan satu tugas yang berbahaya terutamanya sewaktu musim Haji di mana jalan raya boleh menjadi sesak dengan bas yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: