Tempatan

2 Saksi Utama Kes Bunuh Dicari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORT DICKSON, 11 Mac 2023 – Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson sedang mengesan dua orang saksi yang dikehendaki bagi satu kes bunuh.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, dua individu yang dicari itu ialah Sin Poo Kiong, seorang lelaki berusia 40 tahun, dan Leong Kar Yan, seorang wanita berusia 34 tahun.

BACA JUGA: Guan Eng Nafi Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Syed Mokhtar Al-Bukhary

BACA JUGA: Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Berlaku Isnin Ini

BACA JUGA: 3 Mei, Penentuan Nasib Siti Bainun

Kedua-dua individu ini merupakan saksi utama kes seorang lelaki yang maut selepas disyaki ditikam dengan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Cina, Pekan Lukut, pada 1 Mac lepas.

“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kita sedang mengesan dua orang saksi utama ini yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan siasatan kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin.

Berikutan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi utama kejadian ini untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Orang ramai juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Muhammad Azril Ahmad Rapiee di nombor 012-7791224.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: