Tempatan

Ajaran Sesat Hadi Minallah Dikesan Di Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA TINGGI, 15 Ogos 2022 – Terdapat cubaan untuk menyebarkan ajaran sesat Hadi Minallah di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini, menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Oleh itu, JAINJ sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang usaha anggota ajaran sesat itu daripada mencemari pemikiran rakyat negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Mohd. Fared Mohd. Khalid.

Tambah beliau, tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang akan diambil terhadap kumpulan ajaran sesat tersebut selain pihak penguat kuasa sudah sedia maklum mengenai pergerakan kumpulan ajaran sesat yang berniat menyebarkan fahaman menyeleweng itu.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan mengenai sebuah ajaran sesat baharu yang diasaskan oleh Hadi Minallah didakwa sedang aktif di Kuala Lumpur, Kajang dan Johor menurut sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Akademi Penyelidikan Agama Dunia (AkPAD).

Menurut video itu, ajaran berasal dari Indonesia itu diasaskan oleh Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminuddin Ahmad dan didakwa menyebarkan beberapa fahaman yang sesat seperti akidah sesat Nur Muhammad, fahaman pluralisme agama, fahaman makrifat yang menyesatkan bahkan mengaku bahawa beliau bukan Islam serta tidak mempunyai agama.

Bukan itu sahaja, tular juga sebuah video yang menunjukkan isteri-isteri pengikutnya secara sukarela bersentuhan dengan beliau sewaktu Majlis Konvokesyen Sijil Penamat Risalah Bab Bersih, Perhimpunan Asia 2022 Risalah Bab Kesucian di Langkawi pada 10 hingga 13 Jun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: