Antarabangsa

2 Kanak-Kanak Maut, Lebih 60 Pelarian Syria & Lubnan Terapung Di Laut Mediterranean

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LAUT MEDITERRANEAN, 06 September 2022 – Lebih 60 pelarian Syria dan Lubnan terkandas selama beberapa hari di atas bot nelayan yang karam di Laut Mediterranean, termasuk dua kanak-kanak yang telah meninggal dunia.

Kira-kira 60 pendatang dan pelarian menghubungi kumpulan sukarelawan dan saudara mara menggunakan telefon satelit memaklumkan mengenai kematian dua kanak-kanak tersebut. Mereka turut menggesa pengawal pantai Eropah untuk menyelamatkan mereka kerana kehabisan makanan, air dan susu formula sejak tiga hari lalu.

Lapor agensi media antarabangsa, pelarian-pelarian tersebut yang berasal dari wilayah yang sangat miskin telah meninggalkan Lubnan kira-kira 10 hari lalu dan berhasrat untuk pergi ke Itali bagi merebut peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, abang salah seorang penumpang mengatakan, “Mereka cuba mengeluarkan air yang bocor ke dalam bot dengan baldi, itu sahaja yang mereka ada. Ini adalah bot nelayan untuk lima orang, bukan 60 orang.”

Turut dilaporkan, mereka terkandas berhampiran pantai Malta dan Itali, namun, pihak berkuasa masih belum menghantar pasukan penyelamat. Rangkaian aktivis pula belum membenarkan operasi menyelamat termasuk kepada kapal kargo komersial untuk membantu para pelarian yang terkandas.

Sementara itu, keluarga pelarian mula berasa bimbang sekiranya bot nelayan itu karam pada bila-bila masa.

“Setiap kali saya menelefon, anda boleh mendengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis di latar belakang. Saya tidak tahu mengapa tiada kerajaan mengambil tindakan untuk menyelamatkan mereka, adakah kerana mereka adalah orang miskin yang cuba mencari nafkah untuk keluarga mereka?” ujar saudara kepada salah seorang pelarian.

Ahli Parlimen Lubnan, Ashraf Rifi menggesa kerajaan Itali, Kementerian Luar Lubnan dan Kedutaan Lubnan di Rom untuk mengambil tindakan.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Medecins Sans Frontieres, atau MSF, sebuah organisasi pegawai perubatan turut mengatakan, “Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Malta perlu jalankan tanggungjawab dan patuh dengan undang-undang antarabangsa dan maritim SEKARANG.”

 

“Kurangnya tindakan mereka menyebabkan orang terbunuh. Ini tidak boleh diterima,” tambah MSF.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: