Tempatan

2 Juta Penerima Sinovac Hilang Status Lengkap Vaksinasi – KJ

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2022 – “Untuk tempoh seminggu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin akan ada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media di Parlimen berdasarkan kepada data terkini penerima dos primer vaksin Sinovac yang belum menerima dos penggalak.

“Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerima dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak.”

Justeru, beliau menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk segera melengkapkan tiga dos vaksin sebelum 1 April untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggesa penerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac yang berumur 18 dan 60 tahun ke atas untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 31 Mac akan datang.

Dos penggalak juga diperlukan bagi semua warga Selangor yang ingin menunaikan solat Jumaat, di mana arahan tersebut telah berkuat kuasa semenjak 25 Februari berikutan arahan terbaru Jabatan Agama Islam Selangor.

Leave a Reply

Back to top button