2/3 Kes Cerai Di Singapura Dimulakan Isteri
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SINGAPURA, 14 Julai 2022 – Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Singapura, dua pertiga daripada 5,907 jumlah penceraian sivil yang difailkan di Singapura tahun lalu dimulakan oleh pihak isteri.
Berdasarkan laporan “Statistik Perkahwinan dan Perceraian, 2021”, kadar peratusan isteri yang memfailkan perceraian sivil kekal secara relatif pada 2021 dan 2011 sebanyak 63.8 peratus dan 64.7 peratus.
Lebih dari separuh penceraian sivil pada 2021 mendapati, sikap atau tingkah laku suami yang tidak munasabah tersenarai sebagai punca utama dan 53.5 peratus dengan 58.1 peratus plaintif wanita bersetuju dengan alasan tersebut berbanding 45.3 peratus plaintif lelaki.
Masalah itu disusuli dengan punca pasangan yang tinggal berasingan atau berpisah selama tiga tahun atau lebih bagi 44.5 peratus penceraian sivil dengan 40.3 peratus plaintif wanita menyebut alasannya, berbanding 51.7 peratus plaintif lelaki.
Apabila dibandingkan dengan statistik 2011, daripada jumlah 69.6 peratus pasangan Muslim yang berpisah apabila pihak isteri memfailkan penceraian, peratusannya telah meningkat kepada 71.2 peratus pada 2021.
Pada tahun lalu, kira-kira 20 peratus plaintif Muslim mengatakan masalah curang ataupun hubungan luar nikah menjadi punca utama keretakan rumah tangga mereka dan punca kedua yang terbesar adalah di mana 13.1 peratus disebabkan oleh masalah kewangan, serta 11.6 peratus disebabkan oleh berlakunya keganasan rumah tangga.
Dengan itu, secara keseluruhannya jumlah penceraian di Singapura meningkat sebanyak 13.4 peratus sejak dua tahun lepas daripada 6,959 pada 2020 kepada 7,890 pada 2021.