Tempatan

1MDB: Rakan Korporat Jho Low, Jasmine Loo Ditangkap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 Julai 2023 – Bekas rakan korporat Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, Jasmine Loo ditahan pihak polis Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Menerusi sidang media, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Jasmine telah direman keesokan harinya selepas dikatakan mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

“Peguamnya telah menyatakan bahawa dia bersedia menawarkan kerjasamanya kepada polis dan Kerajaan.”

BACA JUGA: Projek Lapangan Terbang Baharu Tioman Hanya Menguntungkan Pemaju – Aktivis

BACA JUGA: 100,000 Al-Quran Terjemahan Bakal Diedarkan Di Sweden Sumbangan Kuwait

BACA JUGA: Ternak Ayam Di Kandang Babi: Tauke Tiada Lesen Telah Dikompaun

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah.

Meskipun waran tangkap Jasmine telah dikeluarkan pada 2018, beliau dikatakan hilang sejak Mei tahun tersebut bersama beberapa individu lain seperti bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Tang Keng Chee dan Geh Choh Heng, yang turut dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Kesemua mereka meninggalkan Malaysia sejurus sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 dan pihak berkuasa telah mengarahkan Interpol untuk mengesan individu-individu terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: