Antarabangsa

19 Pesalah Pedofilia Diberkas Di Australia Dengan Bantuan FBI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYDNEY, 08 Ogos 2023 – Polis Persekutuan Australia (AFP) pada hari Selasa menahan 19 lelaki dalam tindakan keras susulan siasatan ke atas rangkaian penderaan seks kanak-kanak dalam talian antarabangsa yang serba canggih.

Susulan dari tangkapan itu, AFP berkata, mereka telah berjaya menyelamatkan 13 kanak-kanak Australia dari menjadi mangsa di laman web gelap.

Kejayaan pihak berkuasa AFP dalam memberkas dan membuat pertuduhan penderaan seks kanak-kanak terhadap 19 lelaki itu, adalah hasil dari maklumat dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat yang mendedahkan dan berkongsi risikan rangkaian pedofil antarabangsa.

BACA JUGA: Mufti NZ Gesa Umat Islam Jauhi Kumpulan Sihulk, Komuniti Bantah Pemberian Suaka

BACA JUGA: Rakyat Rayu Kerajaan Bantu Bina Jalan Dan Kemudahan Asas

BACA JUGA: Shopee Hapus Serta-Merta Penjualan Air Minuman SiHulk

“Penjenayah yang menggunakan teknik penyulitan fail dan web gelap adalah satu cabaran bagi penguatkuasaan undang-undang, tetapi apabila kita bekerjasama dalam Operasi Bakis kita boleh membawa pesalah yang didakwa ke hadapan mahkamah,” kata Schneider, Komander AFP.

Jelas AFP, kebanyakan suspek berusia antara 32 dan 81 tahun, mempunyai kerjaya yang memerlukan pengetahuan teknikal tentang komputer dan internet. Sebahagian daripada tertuduh didakwa menghasilkan sendiri bahan penderaan seks kanak-kanak.

Dua daripada lelaki Australia itu, termasuk seorang penjawat awam di Wilayah Ibu Kota Australia, telah disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman penjara, sementara yang lain sedang menunggu perbicaraan.

Penangkapan terbaharu itu dibuat seminggu selepas pihak berkuasa Australia mendakwa seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak atas tuduhan mendera 91 kanak-kanak secara seksual yang disifatkan sebagai salah satu kes penderaan seks kanak-kanak terburuk dalam sejarah negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: