Antarabangsa

19 Maut Minum Alkohol Di Maghribi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABAT, 30 September 2022 – Pegawai kementerian kesihatan memaklumkan dalam satu laporan, selain dari puluhan orang yang dimasukkan ke hospital, kini angka kematian telah meningkat kepada 19 orang akibat dari minum alkohol toksik di sebuah kedai tepi jalan di utara Maghribi.

“Kira-kira 30 mangsa lain yang berada dalam keadaan kritikal telah dibawa ke hospital bersama dua lagi yang masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU),” ujarnya menurut laporan sama.

Susulan dari kes ini, Direktorat Jeneral Keselamatan Negara (DGSN) berkata, pihak polis telah berjaya menahan seorang suspek berumur 48 tahun yang mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Menurut jururawat hospital di Ksar El Kebir, mangsa mengalami sakit kepala, muntah serta kekejangan di bahagian perut.

Laporan media tempatan mengatakan bahawa, mangsa dipercayai membeli alkohol toksik di kedai suspek kerana pasukan penyiasat yang terlibat dalam kes ini menemukan kira-kira 50 liter cecair toksik di kedai berkenaan.

Walaupun undang-undang Maghribi telah menetapkan larangan dalam menjual minum beralkohol kepada orang Islam namun, masih ada bar, kedai serta restoran yang tidak mematuhinya dengan tetap menjual secara rahsia kepada orang ramai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: