Antarabangsa

Itali Haramkan Pengeluaran Daging Makmal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ITALI, 18 November 2023 – Itali melarang pengeluaran daging tiruan dalam usaha untuk melindungi industri pertaniannya dan budaya kulinari tradisionalnya, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Menurut Menteri Pertanian Itali, Francesco Lollobrigida, larangan itu disifatkan sebagai “langkah berani yang dimohon oleh rakyat…yang meletakkan Itali di barisan hadapan dunia”.

Beliau dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, “Kita adalah negara pertama yang melarangnya, dengan segala hormatnya kepada syarikat multinasional yang berharap untuk membuat keuntungan besar dengan meletakkan pekerjaan dan kesihatan rakyat dalam risiko”.

Undang-undang itu yang dicadangkan oleh kerajaan sayap kanan Perdana Menteri Giorgia Meloni telah menerima kelulusan akhir Parlimen pada Khamis lalu yang menggambarkan pembangunan daging tiruan dan makanan bukan tradisional yang lain seperti serbuk serangga berprotein tinggi sebagai ancaman kepada warisan kulinari negara.

Dibawah undang-undang yang baharu ini juga, syarikat-syarikat dan restoran-restoran juga akan dilarang untuk menggunakan perkataan seperti “steak” atau “salami” untuk menggambarkan produk berasaskan tumbuhan.

Laporan itu turut berkata, makanan sintetik merupakan cara yang berbahaya untuk memusnahkan setiap hubungan dengan makanan semulajadi di samping tanah yang berbeza dengan membatalkan setiap perbezaan budayanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: