Antarabangsa

Israel Aparteid: Netanyahu Pertikai Kenyataan Menteri Luar Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMAQDIS, 27 Mei 2021 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkan kenyataan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian, yang menyatakan amalan aparteid mungkin berterusan di negara itu sebagai melampau.

Jean-Yves Le Drian menjadi pemimpin pertama di Perancis yang menggunakan istilah ‘aparteid’ untuk merujuk kepada Israel yang secara terang-terangan dilancarkan rejim Tel Aviv.

“Menteri terbabit mendakwa Israel bakal menjadi negara aparteid, ini adalah dakwaan yang tidak benar dan tanpa sebarang asas,” dakwa Netanyahu.

Netanyahu sebelum ini dilaporkan berkeras untuk meneruskan serangan demi serangan di Gaza sehingga ‘mencapai sasaran yang ditetapkan’.

“Saya yakin untuk teruskan operasi sehingga matlamat kami dicapai, iaitu untuk mengembalikan keamanan dan keselamatan bagi penduduk Israel,” dakwanya.

Sehingga ke hari ini, rakyat Palestin terus diserang dan ditangkap oleh tentera zionis Israel walaupun mendapat kecaman dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: