18 Jalan Sekitar Kuala Lumpur Ditutup 26-02 September Ini
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 – Sebanyak 18 jalan akan ditutup di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65 bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos ini, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.
Beliau menjelaskan penutupan jalan selama lapan hari tersebut akan bermula pada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari, bagi memberi laluan kepada perarakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti.
“Jalan yang akan ditutup sepenuhnya pada 26 Ogos adalah Jalan Sultan Hishammuddin menuju ke Dataran Merdeka serta Jalan Raja.”
Tambah Datuk Azmi Abu Kassim, pada 27 hingga 29 Ogos pula, raptai penuh perarakan akan dijalankan melibatkan penutupan jalan di Jalan Raja, Jalan Travers, Jalan Damansara, Bulatan Hishammuddin dan Jalan Kinabalu.
Seterusnya, sebanyak 18 laluan akan ditutup pada 31 Ogos nanti melibatkan jalan yang sama, ujar beliau yang turut menambah bahawa Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn, Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Hang Lekiu, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6 akan turut ditutup.
Jalan-jalan yang disenaraikan tersebut juga akan ditutup sehingga 2 September 2022.
Walau bagaimanapun, Datuk Azmi Abu Kassim memaklumkan pada Selasa, 30 Ogos 2022 tiada penutupan jalan dibuat oleh pihak polis.