Antarabangsa

Dikritik Luluskan Undang-Undang Anti LGBT, PM Hungary Batalkan Lawatan Ke EURO 2020

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BUDAPEST, 25 Jun 2021 – Perdana Menteri Hungary, Viktor Orbán baru-baru ini membatalkan lawatan perjalanannya ke Munich, Jerman bagi menghadiri perlawanan bola sepak Hungary vs Jerman berikutan kritikan terhadap kerajaannya yang meluluskan undang-undang anti LGBT.

Pengumuman pembatalan lawatan perjalanan itu dilakukan beberapa jam selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menolak permintaan Majlis Bandaraya Munich untuk menyinari Allianz Arena dengan warna-warna pelangi sebagai solidariti dengan LGBTQ dan komunitinya khususnya di Hungary.

Ini kerana tindakan itu bertentangan dengan peraturan-peraturan kesatuan bola sepak itu sebagai sebuah organisasi politik neutral.

Keputusan UEFA ini dihentam di seluruh Jerman dan Eropah tetapi Orbán menyeru kerajaan Jerman untuk menghormati keputusan UEFA.

Pada 15 Jun 2021 lalu, Parlimen Hungary meluluskan undang-undang melarang golongan gay tampil dalam bahan pendidikan sekolah atau rancangan TV untuk usia di bawah 18 tahun.

Undang-undang ini juga terpakai ke atas syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi besar sekiranya iklan mereka menyasarkan golongan usia 18 tahun ke bawah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: